About Me

Hai! Diharap kawan2 dapat berkongsi apa2 ilmu pengetahuan dalam blog saya ni..Sudi2lah melayari blog saya ni..







Thursday, 29 September 2011

Inilah Keluargaku

Assalamualaikum,kat ruangan ni saya nak  bercerita sikit tentang kehidupan saya di kawasan taman saya ni. Taman kami ni bukanlah besar sangat dan rata2 kami semua mengenali antara satu sama lain. Di taman ni saya rapat dengan Kak Ju ( pengasuh Rasya) , Kak Mona dan Julie (jiran sebelah rumah). Kebiasaannya kalau sorang dah mula muncul mesti keempat2 ada skali.

Yang membezakan saya dengan mereka bertiga ni, saya je yang bekerja yang lain surirumahtangga sepenuh masa. Oleh kerana saya ni bekerja, xbererti saya ketinggalan pape cerita menarik untuk dikongsi bersama..kerana lepas balik kerja (jika balik awal) kami akan bersama berkongsi cerita.

Untuk pengetahuan, saya ni baru je ada sorang anak perempuan bernama Puteri Nur Rasyaa' yang dijaga oleh Kak Ju. Bulan 11 ni barulah genap umurnya 2 tahun..Kak Ju ni ada 3 orang anak, 2 perempuan dan sorang lelaki. Manakala Kak Mona jugak mempunyai seorang anak perempuan berumur 5 tahun dan die baru aje disahkan mengandung lagi. Harap2 kali ni kandungannya takde pape masalah sebab sebelum2 ni die pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali kalau tak silap. Julie pulak antara kawan kami yang belum mempunyai anak. kesian kat julie sebab dah lama jugak die kahwin tapi belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata. Dah bermacam cara die berusaha untuk mendapatkan zuriat tapi Allah belum nak bagi lagi termasuklah sampai dah operate rahim..Yang sedihnya bile Kak Mona dah tau die pregnant, nak bgtau kat die pun takut die terasa ati atau sedih. tapi kalau xbagitau nanti lagilah die kata ape plak..nak tak nak kenalah jugak bagitau..Xpelah Julie, mungkin Allah masih menguji kesabaran kau, insyaallah ada jugak rezeki untuk kau.Amin..kami semua mendoakan kau Julie..Bile teringatkan Julie,di ofis saya pun ada jugak sorang kawan sama macam Julie.Harap2 mereka berdua ni akan dikurniakan zuriat jua hendaknya..Amin..

Bererti, kalau di rumah, kawan-kawan saya adalah Kak Mona, Kak Ju n julie dan bila di ofis kawan saya ialah Kak Nora n Kak Ara..bukanlah nak kata orang lain tu bukan kawan saya, maksudnya antara yang paling rapatlah...

Semoga persahabatan kami ni kekal sebagai rakan karib yang sejati..hmmm

                               Masa ni Rasya masih baby lagi masih merangkak lagi ni ha..

                                           Si ayah bersama anak comelnya...

 Raya tahun ni di rumah nenek n atuknya di Masjid Tanah..
                               Bukan main sakan berposing


                                             Layankan aje keletahnya ni...

1 comment:

liza hasliza said...

Bile time susah, jiranlah orang pertama yang akan sampai dulu..oleh itu, hormatilah jiran tetangga..